08 April 2009

.lagi.kenangan.

aii kawan-kawan..
bertemu lagi dalam rancangan "Ape Kabo Aceh"..

korang sume musti ingat lagi kan peristiwa tsunami yang melanda Aceh pada tanggal 26 Disember 2004.. Aceh terjejas teruk akibat peristiwa tersebut.. dan begitu ramai penduduknya terkorban.. selepas kejadian tersebut.. ramai anak yatim dikenal pasti dan sebahagiannya ditempatkan di rumah-rumah anak yatim di seluruh Aceh..

atas kesedaran ingin berbakti dan menyumbang kepada masyarakat di sana.. Program Peue Aceh diwujudkan setahun selepas peristiwa tsunami.. program yang bertemakan 'IT Ke Hati' ini bertujuan untuk membawa dan mengajar ilmu IT kepada anak-anak yatim Aceh khususnya dan masyarakat-masyarakat di sana umumnya, atas kapasiti kemampuan pelajar-pelajar MMU dalam bidang IT.. di samping menyampaikan sumbangan derma yang dikumpul..

Delegasi Peue Aceh pertama ini telah berjaya mencapai objektifnya pada tahun 2007..

Delegasi kedua dengan sedikit perubahan pada nama program: Peuehaba Aceh meneruskan misi pertama dengan cemerlang pada tahun 2008..

Sekretariat Peuehaba Aceh 2009 diwujudkan pada September 2008.. dan alhamdulillah hamba dipilih oleh Allah untuk menjadi salah seorang yang memegang tanggungjawabnya.. sekretariat yang terdiri daripada 12 orang pelajar pelbagai jurusan diatur untuk 12 tugasan yang berlainan.. dan alhamdulillah sekali lagi.. persiapan berjaya dilakukan dengan sempurna..

jom sambung cite di Aceh yo!


24 Maret 2009 (Selaso)
Maret tu Mac ye adek-adek..

pukul 5.15 da bgn subuh!!.. itu rekod dunia bagi hamba setelah lebih 21 tahun bergelumang dengan dosa.. 5.45 solat berjemaah di masjid yang terletak berhampiran dengan Rumah Putera.. oh ye.. rumah putera ni dibiayai oleh kerajaan Turki.. dan juga Jerman.. mengikut kate adek2 malam semalam..

sarapan pagi tu sangat sedap n simple.. nasi putih telo goreng sayur ikan sos cili kicap.. kalo kat malaysia itu da dikira sebagai makanan tengahari..

pagi tu persiapan untuk opening di sebelah petangnya di istanbul.. hoye hoye Team IT dianggotai oleh Duang, Ibu, Abg Fik & Abg Leman x perlu join!! kami perlu setup pc2 di rumah putera pula.. pc-pc di situ sgt byk.. lebih byk dari rumah istanbul.. dan byk yang rosak.. huhu..

"woii abg leman, abg fik, pi la beli ups 7.. extension kepala 2 14.. keyboard 3.. mouse.. ram 4GB.. LCD monitor.. graphic card.. duk tidoq je.." (dialog ni start dari woii tu sume rekaan ye)..

abg fik & abg leman pagi-pagi lagi da gerak ke markas rahsia di Banda Aceh.. beli barang-barang ganti untuk hardware yg rosak.. hamba & kenobi tinggal untuk baiki ape yang patut.. install software.. layan Ace Ventura.. ops..

12.30 siang abg fik & abg leman pulang dari markas dengan wajah berseri-seri.. mase tu hamba bersama ubi wan kenobi pulak sedang seronok melakar peta pada bantal.. bekerja secara pantas dan efisien la katakan.. musti la penat huhu (semalam tido tak cukup kot huhu).. oke boys!! gear up!! nose up!! zupp gerak ke istanbul.. jarak perjalanan 5 petala langit (bersamaan 5 batang rokok dihisap berturut-turut siap sik.. err.. kami tak merokok ye)..

tiba di istanbul 20 minit kemudian..

opening ceremony selesai.. para VIP dibawa untuk meninjau suasana kelas it di istanbul.. hamba memberikan taklimat ringkas berkenaan kelas IT kepada para tetamu kehormat (tanpa baca skrip oke.. hihi)..

sore tu yang lelaki pulang ke rumah putera.. kecuali hamba, rizeb & abg fik.. kami perlu mengajar IT di rumah perempuan..

kelas IT dijalankan serentak di kedua-dua rumah.. dan pada masa yang sama sesi LDK turut berjalan di kedua-dua rumah.. maka.. kami dipecahkan kepada 4 kumpulan pada setiap kali sesi kelas IT dan LDK.. dan anak-anak yatim turut dipecahkan kepada 2 di setiap rumah..

malam tu bermulalah perjuangan sebenar kami di Aceh.. memberi ilmu IT kepada anak-anak yatim.. hamba dibantu oleh fatin, kak sara, dan rizeb, dipantau oleh abg fik.. alhamdulillah.. sesi pertama berjalan dengan lancar.. respon daripada adik-adik juga sangat baik..

tamat jam 10.30.. terus menaiki kijang pulang ke rumah putera.. tiba di rumah putera.. sedikit jamuan biskuit.. bermulalah sesi dengkur bersahut-sahutan..

da abes.. pasni hari 3 pule ye..

p/s: sori malas nak letak gamba.. :D


Electronics Engineering
Majoring in Robotics and Automation



2 comments:

[ izzati ] said...

adei sikit2 tuleh lmbat la nk abes cmni =P
byk episod eh..hihi

[ reedjuan ] said...

nor~ ahaha.. sabar u.. sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. :P