05 March 2009

.daerah.bersejarah.


http://www.pmn.gov.my/

Hulu Terengganu dikenali sebagai FO-LO-AN sejak abad ke 12 lagi berdasarkan buku sejarah Cina bernama "Ling Wai-Tai Ta" karangan Cau-Cu-Fei pada tahun 1178. Pada masa itu daerah ini adalah sebagai bandar pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari segenap pelusuk alam Melayu, Timur Tengah dan China bagi menjalankan kegiatan ekonomi. Ahli-ahli sejarah berpendapat Foloan yang disebut dalam buku tersebut ialah Kuala Berang.


Berdasarkan buku sejarah berkenaan, hal ehwal Foloan di ceritakan seperti berikut: " Hasil keluaran Negeri itu (Foloan) termasuklah " Su" dan "Can" ( Jenis-jenis kayu Gahru ), kayu Laka, Gading dan lain-lain seumpamanya ; dan hasil-hasil itu diperniaga diperniagakan dengan emas, perak, porselin, besi, bahan-bahan membuat barnis, arak, beras, gula dan gandum. Tiap-tiap tahun Kerajaan Foloan itu menghantar ufti kepada kerajaan "San Fo Cih" (Seri Wijaya).


Negeri itu (Foloan) berjiran dengan "Peng-Heng" (Pahang), Teng-ya-nu" (Terengganu)" dan Ci-lan-tan (Kelantan) dan negeri-negeri itu bersamaan keadaannya."


Berdasarkan keterangan itu ternyatalah Kuala Berang pernah menjadi pusat perniagaan yang utama di Asia Tenggara disamping Seri Wijaya dalam kurun masihi yang ke 12. Selain daripada itu, disinilah juga berlakunya Perlantikan Kesultanan Terengganu Pertama.


Daerah ini juga terbukti merupakan tempat terawal menerima Agama Islam di semenanjung Tanah Melayu berdasarkan catitan pada Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 M (702 H) yang dijumpai di Kampung Buloh, Hulu Terengganu.


Di samping itu, daerah Hulu Terengganu juga pernah menjadi tempat kunjungan dan tempat bermastautin tokoh-tokoh ulama seperti yang dibuktikan dengan penemuan makam-makam lama seperti Makam Tok Raja Ri di Kampung Kuala Por, Makam Tok Pauh di Kampung Pauh, Makam Tok Gajah di Kampung Pasir Nering, Makam Tok Berlian Mahmud di Kampung Kemat, Makam Tun Indera di Kampung Kuala Por dan Makam Sharif Mohammad al-Baghdadi di Kampung Jenagor.


Hulu Terengganu juga pernah menjadi tumpuan pahlawan-pahlawan Melayu seperti Tok Gajah, Dato` Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan lain-lain lagi di awal abad ke 19. Daerah ini dijadikan sebagai kubu dan tempat persembunyian mereka bagi mengatur strategi menentang penjajahan Inggeris pada ketika itu. Antara peristiwa yang masih menjadi ingatan sehingga ke hari ini ialah Peristiwa Padang Kacong di Kuala Telemong.



Electronics Engineering
Majoring in Robotics and Automation




10 comments:

fendy_ahmad said...

Salam,

Bakal isteri abang saya kampungnya nama Kampung Ping, sekitar Hulu Terengganu nilah juga..

Pergi hantar bertunang December lepas rasanya perit jugak.. hehehee..

Tapi tempatnya aman damai... banyak tanam Jagung kan....

[ reedjuan ] said...

Waalaikumussalam bos..

Oo tu Kampung Kuala Ping.. Betul la kampung tu dalam Hulu Terengganu.. Dari pekan Kuala Berang ke kampung tu sekitar 15-20 minit..

Jalan kampung memang perit sikit.. Banyak selekoh.. Tahi lembu pun banyak hoho..

Kat situ memang orang biasa singgah beli jagung.. Sawah jagung lagi banyak dari sawah padi.. huhu..

Saya jarang pergi ke sana sebab jauh dari pekan..
Saya biasanya berlegar-legar kat sekitar Kuala Berang tu je..

Nanti dah sampai masanya jemput la saya sekali ye.. Tak jauh pun dari rumah saya.. ;-)

NoR said...

oo ade byk jagung eh..best la..
leh wat cucur jagung byak2..i like~ hihi

[ reedjuan ] said...

nor: haa bole2.. nak bwat popcorn pon bole.. i like too~ hihihi..

NoR said...

hehe
popcorn pon best juge..
leh tgok movie skali smbil makan..=P

[ reedjuan ] said...

nor: haa bole3.. tgk upin ipin pon bole.. hihi..

NoR said...

huhu
sedey je..sume dh tgok dh upin ipin..
i je blom tgok agik..huhu :(

[ reedjuan ] said...

nor: xpe2.. bace dlu kisah sejarah kampung i ni.. duk cite upin ipin lak huhu.. :P

NoR said...

alaa dh bce dh..
wtpe nk bce byk2 kali
tgok cite upin n ipin la plak =P

[ reedjuan ] said...

nor: huhu.. tunggu la dia kuar kat cyber tracker.. hihi.. ;-)